Aktiviti – Suka Mengaji Mendorong anak suka mengaji ! Sat, 16 May 2015 03:40:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.0.16 Bicara Santai : Didik Anak 0-7 tahun bersama Guru-guru /aktiviti/bicara-santai-didik-anak-0-7-tahun-bersama-guru-guru/ Sat, 16 May 2015 03:40:21 +0000 /?p=303 cigu3 cikgu1 cikgu2 cikgu4 cikgu5 cikgu6 cikgu7

 

Tim ke sekolah.

Rabu lalu, pertama kali tim bicara santai dijemput mengadakan program di sekolah untuk guru guru.

Pada awalnya, menggeletar juga lutut ini mahu bercakap di hadapan para guru yang lebih arif lagi bijaksana.

Lagipula konsep program ini lebih kepada komunikasi dua hala dan bukannya seminar. Saya lebih suka mendengar soalan dan pengalaman hadirin.

Mujur guru penganjur memahami konsep kami dan membuatnya dalam bilik darjah yang selesa seperti di rumah supaya ia jadi lebih santai dan personal dalam jumlah yang tidak ramai.

“Bagaimana mahu melarang anak asyik tengok tv dan main game saja bila cuti sekolah?”

“Ada kesan tak anak yang tidak merangkak dulu?”

“Bagaimana nak bercakap dengan anak remaja lingkungan umur 20 tahun ni? Kadang, dia suka berjumpa kawannya banding nak jumpa ahli keluarga sendiri.”

“Bagaimana kita boleh buat dengan murid yang bermasalah ni hingga lari lompat pagar dari sekolah?”

“Bagaimana nak beri kesedaran pada ibubapa yang anaknya darjah 6 pun masih tak boleh membaca?”

Soalan soalan yang mencabar saya dapat dari para guru yang tinggi dedikasinya terhadap keluarga dan kerjaya. Allah..

Saya bercadang mengumpulkan soalan-jawapan perkongsian sepanjang program yang kami adakan ini untuk dibukukan.

(Saya juga sangat mengalukan soalan dari perspektif para bapa di sini..)

Sebenarnya pun program dan tim Bicara santai : Mudahnya Didik Anak 0-7 tahun ini dicetuskan oleh seorang bapa muda. Beliau berazam memperbaiki cara dan ilmu dalam mendidik ank kecil hari ini yang tidak sama caranya dengan satu masa dahulu.

Lalu, saya dipelawa bersama dalam tim ini kerana beliau mahu tahu praktikaliti bersama prinsip asas di sebalik tingkahlaku anak kecil.

Bergabung tenaga dengan pengusaha tadika citra alam yang punya banyak aktiviti kreatif yang boleh dibuat di rumah.

Alhamdulillah, hasil perkongsian dan perbincangan bersama para guru, mereka bercadang mengadakan program ini khas untuk ibubapa murid kelas corot pula 28 mac ini.

Insha Allah!

Tip santai :

1. Sentiasa gunakan soalan berbentuk “apakah” ketika berbual bual dengan anak remaja. Soalan / perbualan perlu bersifat “open-ended question”.

2. Berpegang kepada 4 tahap pendidikan anak anak yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

3. Tahap pertama ini adalah masa untuk memenuhkan tangki emosi anak sebelum memasuki tahap seterusnya. Kurangkan marah. Umur 0-7 tahun adalah usia emas. Pelaburan terbesar harus dilakukan pada masa ini.

4. Tingkahlaku anak kecil bukan berbentuk dosa. Ia adalah cerminan fitrah. Fitrah yang terbentuk atas faktor ilmu dan tingkahlaku ibubapanya sendiri.

5. Seiring masa berlalu, melangkah tahap kedua dan seterusnya anak anak belum tentu menjadi milik kita sepenuhnya lagi seperti masa semasa mereka kecil. Mungkin juga kita akan diduga dengan satu dua isu. Kukuhkan tempatnya berpijak dan tanamkan nilai dalam dirinya agar ia tidak mudah ditelan zaman.

Nota gambar : Aktiviti membuat “warna menari” & pasir mainan yang selamat jika termasuk mulut. Sangat suka part ini! wink emoticon

‪#‎tipsantaididikanak‬

]]>
Tim Bicara Santai ke SK Bandar Pontian (April) /aktiviti/tim-bicara-santai-ke-sk-bandar-pontian-april/ Sat, 16 May 2015 03:33:19 +0000 /?p=290 sekolah7 sekolah8 sekolah9 sekolah10 sekolah11 sekolah6 sekolah1 sekolah2

sekolah3 sekolah5

 

Tim Bicara Santai bersama pelajar Tahun 6.

Tempohari kami membuat program bersama sebahagian guru gurunya. Kali ini, wakil guru mahukan kami berkongsi ilmu bersama ibubapa dan pelajar darjah 6 pula.

Yang menggentarkan sedikit perasaan saya apabila wakil guru menyatakan program ini khas untuk dua buah kelas corot bersama ibubapa yang mempunyai anak yang ada masalah disiplin.

Menurutnya, hampir kesemua yang dipanggil kali ini adalah pelajar nakal.

Allahu akbar.

Kecut hati saya. Siapalah saya untuk bercakap di hadapan. Saya bukanlah pakar motivasi.

Kebimbangan ini saya suarakan bersama tim bicara santai ini. Apalagi saya harus bercakap bagi dua kelompok fokus yang berbeza.

Jawapan dan pandangan yang diberikan akhirnya memberi saya satu persepsi yang baharu.

“Kita kena ubah konsep lama bahawa dgn menjemput pakar2 motivasi dgn memberikan ceramah kpd kelompok tertentu maka akan berlaku perubahan pd sesuatu kelompok pelajar.

Itu konsep lama, guru2 dan ibu bapa sendirilah sebenarnya agen penting dlm pendidikan.

Hasil dan kayu ukur bkn mengenai best atau x best nya mengikut selera pendengar, tp sejauh mana mereka blh dengar, faham dan buat dgn istiqamah ke arah yg lebih baik.

Itu kita kena serah pd Allah. Kita usahakan yg termampu

Atas setiap bahu kita ni ada amanah dan tanggungjawab kpd masyarakat umum. Kita bkn kaunselor, kita bkn pakar motivasi, kita bkn ada jawatan dlm mana2 organisasi.

Kita adalah org awam yg biasa2 yg nak ajak masyarakat berubah ke arah yg lebih baik. Skrg ada platform utk kita asah bakat supaya jd lebih baik lg dan memberikan manfaat kpd lebih ramai org.”

Benarlah, bahawa Hidayah itu milik Allah. Walaupun sesiapa saja boleh menyampaikan. Akhirnya, Allah jualah yang menganugerahkan HidayahNya kepada sesiapa yang dipilihNya.

Di akhir program ini, ada seorang guru yang datang bersalaman dengan saya dan mengucapkan terima kasih sambil menangis. Berjuraian airmatanya.

Katanya, “Saya ni memang hati tisu bila bercakap tentang anak anak. Apa yang puan katakan tadi betul betul masuk dalam hati saya. Sebak sangat. Betullah, kadangkala bukan sebab kita tak tahu, tapi kita terlupa. Saya akan ubah semula cara saya memandang anak anak.”

Beliau memeluk saya erat.

Selepas itu, datang seorang lagi ibu bersalaman dengan saya. Tiba tiba mencium tangan saya beberapa kali. Dia juga menangis. Katanya, “Terima kasih puan. Terima kasih…!”

Malu saya. Terkejut. Malu sangat kerana si ibu sekitar umur 40an. Lebih punya banyak pengalaman daripada saya.

Namun, melihat pada anak matanya ada sesuatu yang menyentuh hati. Saya hanya mengatakan, “Teruskan ketabahan puan ya.”

Dan dia berlalu dengan linangan airmata sambil mengangguk laju.

Tiba tiba, seorang pelajar tahun 6 perempuan datang menghulurkan saya sekeping kertas. Sekali lagi saya terkejut! Rupa rupanya dia melukis saya. Huhu~~~~ Ada kasih sayang dalam lukisannya.

Allahu akbar.

Jumaat lalu, memberikan saya satu pengalaman baharu dalam hidup saya sebagai seorang surirumah dan sebagai guru mengaji.

Saya bukanlah sesiapa dan bukan juga lebih berilmu dari para guru dan ibubapa yang lebih senior yang lain.

Program 3 jam itu hanya sempat membicarakan mengenai Model Pertama (dari 4 model kesemuanya). Diselang selikan dengan aktiviti Brain Gym dan segmen khas Tribute untuk Abah oleh panel tim seorang lagi.

Model 1 :

Meningkatkan motivasi yang tulen melalui 4 cara pembentukan.

1. Niat (cermin pandang, tutup mata pada kekurangan, fokus pada kelebihan)

2. Tazkirah (dengar, hadir, wujudkan majlis ilmu dalam kereta , di rumah)

3. Zikrullah (melazimi zikir dan istighfar, selawat Nabi, doa khatam Quran)

4. Adab islamiyah / doa (bangun malam dan doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu, tiada hijab. Pilih kata, tidak membebel.

Moga usaha ini menjadi asbab kebaikan buat semua anak anak orang islam dan anak anak kami jua hendaknya di kemudian hari.

Benarlah, bahawa Hidayah itu milik Allah. Walaupun sesiapa saja boleh menyampaikan. Akhirnya, Allah jualah yang menganugerahkan HidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan menarik semula hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Moga terus dalam redha Allah.

]]>
Bicara Santai : Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun di Taman Teratai (Mac) /tips/bicara-santai-mudahnya-didik-anak-0-6-tahun-di-jb-bulan-mac/ Thu, 05 Mar 2015 05:04:15 +0000 /?p=275 motivasi

Anak-anak & niat.

Sebenarnya, asal usul saya menjadi panel untuk bercakap dalam program Bicara Santai “Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun” adalah atas paksaan seorang sahabat lama yg entah apa dilihatnya ada pada diri saya. Pada mulanya, saya agak keberatan kerana malu tidak cukup ilmu dan malu juga untuk bercakap di hadapan orang.

Lalu, beliau mengatakan, “Yalah tu. Ilmu yg ada tu simpan saja bawah bantal tu jah!”

Amboooiii, sentap mak!

Dengan telinga yg merah lagi panassss akhirnya saya terima pelawaannya dengan niat mahu memperbaiki diri dari masa ke masa melalui pengalaman orang ramai insha Allah.

Di dalam program bicara santai yg lepas, ada seorang ibu muda anak satu yg saya nampak seperti sudah hilang punca. Saya tidak bertanya apa-apa sehinggalah tiba di satu tajuk.

Niat.

Langkah pertama dalam membentuk motivasi diri anak adalah niat. Bagaimana ibu-ibu membicarakan tentang niat dengan anak anak atau bagaimana ibu menanamkan niat tertentu pada diri anak?

Banyak perkongsian ibu serta nenek yg diterima. Bila tiba giliran ibu muda ini beliau berkata,

“Oleh kerana anak saya baru umur 3 tahun ni jadi saya yg berniat untuknya tiap kali hantarnya ke sekolah. Anak saya ada masalah nak bergaul. Dia tiada eye contact. Asyik bermain dan suka dalam dunia sendiri. Orang lain nak main dengan dia mesti tak boleh nak masuk. Dia buat hal sendiri. Kalau saya panggil dia tak pernah tengok mata saya. Nak bawa ke mana mana pun susah sebab tak nak duduk diam walaupun kejap. Macam sekarang nilah. Jadi, saya setiap pagi berniat masa nak hantar dia ke sekolah saya cakap pada dia inilah usaha mama untuk jadikan kamu lebih pandai dan boleh berkawan. Dan boleh kawal diri. Saya dulu free hair. Sejak kahwin dan ada anak baru saya berubah. Dapat pula anak macamni. Jadi, saya tahu ini semua dugaan Allah nak bagi.”

Lalu, saya berterima kasih kepadanya kerana saya mendapat ilmu baru lagi.

Saya katakan kepadanya.

“Betul puan niat paling basic yg kita boleh lakukan ke atas anak sekecil 3 tahun ini adalah kita yg meniatkan untuknya dahulu. Bermula dengan langkahnya ke sekolah. Mudah mudahan Allah angkat niat baik puan dan menjadi asbab hidayah turun menjadi perubahan dalam diri anak puan. Namun, perlu diingat..

Dalam Islam, tiada dosa warisan. Seorang anak adam tidak sesekali mewarisi dosa anak adam yg lain. Bermakna seorang anak takkan mewarisi dosa ibu ayahnya. Begitu juga dengan iman. Iman juga tak boleh diwarisi.

Saya pernah berbual dengan seorang ibu yg punya anak istimewa. Katanya ada orang mengatakan anaknya jadi begitu disebabkan kaffarah dosanya yg lalu. Tidak. Ia bukan begitu.

Saya percaya, di setiap kelahiran seorang anak, Allah sudah tentukan rezki dan jalan ceritanya tersendiri. Setiap anak itu unik. Jangan samakan story line hidup kita dengan story line hidup orang lain. Setiap anak datang dalam kapasiti untuk jadi panduan dan bimbingan kita menjadi seorang ibu yg lebih baik dan lebih penting lagi anak adalah punca kita menjadi seorang hamba Allah yg semakin baik dari kehidupan dahulu.

Kita menginsafi diri ini atas kelahirannya seorang anak. Namun, setiap cabaran yg diterima sentiasa fokus pada jalan keluarnya saja. Jangan terlalu memandang apa yg sudah berlaku. Apa dosa aku, apa kesalahan yg dilakukan anak, itu semua akan jadikan kita lebih penat.

Kenali apakah isunya yg sebenar, fokus pada jalan keluar. Dapatkan bantuan dari yg pakar, usahakan sama2 anak untuk bantu diri dia mengawal diri. Jangan harapkan anak tahu sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu jika tak berjumpa dengan pakar jadi bagaimana kita boleh bantu anak pula?

Teruskan melangkah dan jangan dicari lagi apa silapnya, apa dosa kita, itu semua tak membantu. Saya percaya setiap anak yg lahir akan melahirkan seorang ibu. Dan setiap lahirnya seorang ibu itu adalah ibu yg terbaik untuk anak yg dilahirkan itu.

Anak bukan lahir mengikut kehendak / kemahuan kita. Tapi Allah Maha Tahu apa keperluan kita. Dan apakah yg akan melengkapkan amal jariah kita di akhirat kelak. Setiap apa respon kita kepada anak akan menjadi amal soleh (jika bersabar dan positif) yg akan kita bawa di dunia sana nanti.”

Semakin banyak tisu dikeluarkan ibu muda ini. Rasa turut hiba melihatkan airmatanya yg tidak henti henti keluar. Allahu akbar.

Di masa lain ketika saya mendengar Ikim. Ada seseorang yg bercakap dalam english mengenai tajuk yg sama. Saya dengar saja sudah di hujung hujung. Kata beliau,

“Sebelum mengandung lagi apakah niat kamu untuk ada anak? Berniatlah. Kerana dengan adanya niat itu anak yg bakal kamu lahirkan itu akan dicukupkan mengikut niat kamu. Jika kamu terlupa untuk berniat sebelum mengandung dulu, berniatlah sekarang. Ia tidak pernah terlewat.”

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

‪#‎tipsantaididikanak‬

]]>
Bicara Santai di Johor Bahru /aktiviti/bicara-santai-di-johor-bahru/ Sat, 07 Feb 2015 15:08:41 +0000 /?p=161 posterbicarasantai4

“Siapa yang tidak mengasihi , dia tidak akan dikasihi.”

Topik MHI pagi ini sangat menarik.

Tentang rotan oleh Ustaz Mohd. Zarifi dari Jakim.

Bagaimana Baginda rasul menyantuni cucundanya yang bermain di belakangnya ketika bersolat.

Sejak dulu hingga hari ini, anak kecil yang berlari di depan orang bersolat pun akan dirotan. Di mana justifikasi penggunaan rotan yang sebenar?

Contoh yang dibawa, situasi menunggu giliran di hospital/klinik. Adakah berlaku komunikasi antara ibubapa dan anak anak? Kebanyakannya sibuk dengan telefon masing masing.

Islam menggariskan 3 perkara utama dalam pendidikan anak anak :

1. Cintakan Nabi s.a.w.
2. Cintakan ahli keluarga Nabi s.a.w.
3. Membaca al Quran

Kasih sayang dan wujud komunikasi yang jelas sebelum datangnya rotan.

Rotan hanya salah SATU manifestasi untuk mendisplinkan anak. Banyak cara lain sebelum itu yang wujud.

Dalam Islam, konten pendidikan yang sama. Hanya pendekatan harus berbeza mengikut perubahan zaman.

Mahukah tuan puan mengetahuinya?

Untuk pendaftaran/pertanyaan untuk dibuat di tempat/qaryah masing-masing, mohon sms/whats app/telegram > Tuan NorIndahna  012.714 2335

**************************************************************

Apakah itu motivasi ?

Bagaimana memotivasikan anak yg umurnya 5 bln ?

Siapa yg patut memberikan motivasi pd anak, guru di sekolah, penjaga atau pengasuh ?

Bagaimana nak mulakan ?

Adakah kita ibu bapa yg bermotivasi ?

Boleh ke anak yg belum bercakap belajar al -quran ?

Ada tak kaedah mudah mengajar anak minat mengaji ?

Semua ini dan banyak lagi persoalan akan dikupas dan dikongsi oleh panel secara santai dan mudah dengan harapan dapat dilaksanakan apabila balik ke rumah kelak !!!

Datanglah dan ajak bersama pasangan masing2 kerana masa depan anak terletak pada pilihan ibu bapanya hari ini.

Program ini terbuka dan PERCUMA !!!

]]>
Bicara Santai : Antara Cabaran & Realiti, Didik Anak 0-6 tahun /aktiviti/bicara-santai-antara-cabaran-realiti-didik-anak-0-6-tahun/ Mon, 02 Feb 2015 04:43:45 +0000 /?p=109 Sekitar pengalaman baru.

Saya mendapat maklumbalas daripada Tuan Penganjur. Menurut beliau ada pertanyaan,

“Siapa yang bercakap di depan ni? Pensyarah kah? Guru kah? Ustazah kah? Bunyi macam ustazah!”

Hehe…

Ini jawapannya.

Saya hanya seorang surirumah. Yang belajar dan bangkit daripada banyak kesalahan.

Meminjam semangat peer counsellor susu ibu, tiada kegagalan dalam dunia parenting, yang ada hanyalah pengalaman dan pengajaran.

Syukur digandingkan dengan pengamal, pengusaha taska yang juga merupakan lulusan pendidikan awal kanak kanak, Puan Noor Yasmin. Beliau banyak memainkan peranan dalam memberi penerangan bagi memahami pembangunan psikologi dan kognitif kanak kanak manakala saya berkongsi dalam memberikan cara/pilihan untuk menghadapi isu dan teknikal tingkahlaku kanak kanak. Termasuk cara mendorong anak kecil suka mengaji.

Teori dan praktikal yang digabungjalinkan.

Sejujurnya, saya menjadi kelu lidah apabila pengusaha tadika kerajaan selama 3 tahun memberitahu Tuan Pengurus kami bahawa inilah pertama kali dalam hidupnya mendengar satu program yang sangat berlainan daripada program yang pernah dihadirinya. Penuh pengisian mengenai bagaimana untuk menghadapi realiti cabaran semasa.

Segala puja dan puji hanya kepada Allah atas ilham dan usaha yang baik ini kepada pihak penganjur, IPKIM Johor.

Allahu akbar. Ikutkan saya ini bukanlah orang yg layak tetapi saya berniat hanya untuk berkongsi apa yg saya tahu saja dan apa yg saya amalkan selama ini bukan untuk mengajar ngajar pula. Banyak lagi yg saya tidak tahu.

Bengkel yg diadakan pada Sabtu lalu, benar benar menjentik emosi saya secara peribadi. Saya perasan ketika saya mula berkata,

“Apabila masyarakat sekeliling mula mengatakan anak kita hyperaktif atau begitu begini, jangan terlalu simpannya di dalam hati. Sebenarnya, anak ini adalah seorang yg ceria. Sangat ceria! Dia dilahirkan dengan penuh keceriaan. Dan percayalah, satu masa nanti dialah yg akan memberikan kita keceriaan di saat kita di dalam kesedihan atau kesakitan. Anak inilah sumber keceriaan bagi diri kita juga keluarga kita kelak. Dia bukan tidak sedih orang mengatakannya macam macam tapi lihatlah… Dia sentiasa belajar untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan ini dengan penuh ceria! Maka, berbahagialah… Jangan susah hati.. Hanya perlu beberapa cara untuk melayani dan menghadapi tingkahlakunya supaya jadi terkawal. Itu saja.”

Kelihatan ibu beranak 6 bersama seorang anak angkatnya itu mengesat airmatanya beberapa kali.

Berkongsi apa yg kita tahu dengan mengajar perkara orang tidak tahu adalah dua perkara berbeza.

Maka, saya berpegang untuk terus berkongsi dari hati kerana dengan cara itulah saya juga akan dapat turut belajar.

Hari ini dan seterusnya, saya mahu terus belajar. Belajar melalui pengalaman orang lain membuatkan saya terbuka lebih banyak pintu mata yg tertutup sebelumnya.

Sungguh, kebahagiaan itu dirasa apabila ia dapat dikongsikan bersama. Hidup ini penuh pilihan.

Segala puja dan puji ke hadrat Allah Ta’ala yg memanjangkan usia kita untuk menggali lagi sebanyak banyak amal kebaikan. Bagi bekalan yg akan dibawa ke sana kelak. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

 

BS1 BS2 BS3 BS4

]]>
Bengkel Mendorong Pelajar Suka Membaca al-Quran (Bedah Ebook) anjuran Akademi Infitah Johor Bahru. /aktiviti/bengkel-mendorong-pelajar-suka-membaca-al-quran-bedah-ebook-anjuran-akademi-infitah-johor-bahru/ Mon, 02 Feb 2015 04:29:56 +0000 /?p=103 infitah1

infitah2

infitah3

 

Pada 29 Januari 2015, bengkel bedah Ebook telah diadakan bertempat di Taman Universiti Skudai anjuran Akademi Infitah (Quranic Home-based Tutor).

Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada kebanyakan tutor akademi ini juga beberapa orang awam (ibubapa luar) yang mengikuti bengkel ini.

Diadakan selepas maghrib hingga jam 10.30 malam.

Alhamdulillah, banyak perkongsian pengalaman dan persoalan asas khususnya menyentuh tingkahlaku anak ketika belajar mengaji dan mengajar mengaji dapat dimanfaatkan ramai.

Terima kasih kepada pihak penganjur.

Untuk mendapatkan khidmat mengajar mengaji dan tuisyen di rumah, boleh hubungi 019.338 0886 (Akademi Infitah JB).

infitahposter

]]>
Perkongsian & Bedah Ebook “Mendorong anak/pelajar suka membaca al Quran” Batu Pahat, Johor. /aktiviti/perkongsian-bedah-ebook-mendorong-anakpelajar-suka-membaca-al-quran/ Mon, 12 Jan 2015 13:22:13 +0000 /?p=78 10900188_10152836216272745_6702980256368272980_o

10934073_10152836216307745_1781202343550247568_n

 

Setinggi penghargaan dan penghormatan saya buat Puan Penganjur, Rashidah Adon dan Puan Azima Esa serta para tetamu yang diraikan hari semalam di Batu Pahat.

Sungguh, banyak isu mengenai anak-anak belajar mengaji dan sempat bertukar-tukar pengalaman melalui pertemuan dan perkongsian semalam.  Ebook pertama secara percuma juga selamat dilancarkan di sini. Moga kita beroleh manfaat bersama.

Ebook sudah diemelkan buat semua. Mohon semak dan download dalam masa 5 hari ini ya. Jika tidak dapat, boleh maklumkan segera kembali.

Terima kasih daun keladi.. Mudah mudahan kita berjumpa lagi..

Insha Allah.

10915273_10152836216337745_5791089563239191606_n

Bicarasantai BP

]]>