Tips – Suka Mengaji Mendorong anak suka mengaji ! Sat, 16 May 2015 03:35:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.0.16 Bicara Santai : Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun di Taman Teratai (Mac) /tips/bicara-santai-mudahnya-didik-anak-0-6-tahun-di-jb-bulan-mac/ Thu, 05 Mar 2015 05:04:15 +0000 /?p=275 motivasi

Anak-anak & niat.

Sebenarnya, asal usul saya menjadi panel untuk bercakap dalam program Bicara Santai “Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun” adalah atas paksaan seorang sahabat lama yg entah apa dilihatnya ada pada diri saya. Pada mulanya, saya agak keberatan kerana malu tidak cukup ilmu dan malu juga untuk bercakap di hadapan orang.

Lalu, beliau mengatakan, “Yalah tu. Ilmu yg ada tu simpan saja bawah bantal tu jah!”

Amboooiii, sentap mak!

Dengan telinga yg merah lagi panassss akhirnya saya terima pelawaannya dengan niat mahu memperbaiki diri dari masa ke masa melalui pengalaman orang ramai insha Allah.

Di dalam program bicara santai yg lepas, ada seorang ibu muda anak satu yg saya nampak seperti sudah hilang punca. Saya tidak bertanya apa-apa sehinggalah tiba di satu tajuk.

Niat.

Langkah pertama dalam membentuk motivasi diri anak adalah niat. Bagaimana ibu-ibu membicarakan tentang niat dengan anak anak atau bagaimana ibu menanamkan niat tertentu pada diri anak?

Banyak perkongsian ibu serta nenek yg diterima. Bila tiba giliran ibu muda ini beliau berkata,

“Oleh kerana anak saya baru umur 3 tahun ni jadi saya yg berniat untuknya tiap kali hantarnya ke sekolah. Anak saya ada masalah nak bergaul. Dia tiada eye contact. Asyik bermain dan suka dalam dunia sendiri. Orang lain nak main dengan dia mesti tak boleh nak masuk. Dia buat hal sendiri. Kalau saya panggil dia tak pernah tengok mata saya. Nak bawa ke mana mana pun susah sebab tak nak duduk diam walaupun kejap. Macam sekarang nilah. Jadi, saya setiap pagi berniat masa nak hantar dia ke sekolah saya cakap pada dia inilah usaha mama untuk jadikan kamu lebih pandai dan boleh berkawan. Dan boleh kawal diri. Saya dulu free hair. Sejak kahwin dan ada anak baru saya berubah. Dapat pula anak macamni. Jadi, saya tahu ini semua dugaan Allah nak bagi.”

Lalu, saya berterima kasih kepadanya kerana saya mendapat ilmu baru lagi.

Saya katakan kepadanya.

“Betul puan niat paling basic yg kita boleh lakukan ke atas anak sekecil 3 tahun ini adalah kita yg meniatkan untuknya dahulu. Bermula dengan langkahnya ke sekolah. Mudah mudahan Allah angkat niat baik puan dan menjadi asbab hidayah turun menjadi perubahan dalam diri anak puan. Namun, perlu diingat..

Dalam Islam, tiada dosa warisan. Seorang anak adam tidak sesekali mewarisi dosa anak adam yg lain. Bermakna seorang anak takkan mewarisi dosa ibu ayahnya. Begitu juga dengan iman. Iman juga tak boleh diwarisi.

Saya pernah berbual dengan seorang ibu yg punya anak istimewa. Katanya ada orang mengatakan anaknya jadi begitu disebabkan kaffarah dosanya yg lalu. Tidak. Ia bukan begitu.

Saya percaya, di setiap kelahiran seorang anak, Allah sudah tentukan rezki dan jalan ceritanya tersendiri. Setiap anak itu unik. Jangan samakan story line hidup kita dengan story line hidup orang lain. Setiap anak datang dalam kapasiti untuk jadi panduan dan bimbingan kita menjadi seorang ibu yg lebih baik dan lebih penting lagi anak adalah punca kita menjadi seorang hamba Allah yg semakin baik dari kehidupan dahulu.

Kita menginsafi diri ini atas kelahirannya seorang anak. Namun, setiap cabaran yg diterima sentiasa fokus pada jalan keluarnya saja. Jangan terlalu memandang apa yg sudah berlaku. Apa dosa aku, apa kesalahan yg dilakukan anak, itu semua akan jadikan kita lebih penat.

Kenali apakah isunya yg sebenar, fokus pada jalan keluar. Dapatkan bantuan dari yg pakar, usahakan sama2 anak untuk bantu diri dia mengawal diri. Jangan harapkan anak tahu sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu jika tak berjumpa dengan pakar jadi bagaimana kita boleh bantu anak pula?

Teruskan melangkah dan jangan dicari lagi apa silapnya, apa dosa kita, itu semua tak membantu. Saya percaya setiap anak yg lahir akan melahirkan seorang ibu. Dan setiap lahirnya seorang ibu itu adalah ibu yg terbaik untuk anak yg dilahirkan itu.

Anak bukan lahir mengikut kehendak / kemahuan kita. Tapi Allah Maha Tahu apa keperluan kita. Dan apakah yg akan melengkapkan amal jariah kita di akhirat kelak. Setiap apa respon kita kepada anak akan menjadi amal soleh (jika bersabar dan positif) yg akan kita bawa di dunia sana nanti.”

Semakin banyak tisu dikeluarkan ibu muda ini. Rasa turut hiba melihatkan airmatanya yg tidak henti henti keluar. Allahu akbar.

Di masa lain ketika saya mendengar Ikim. Ada seseorang yg bercakap dalam english mengenai tajuk yg sama. Saya dengar saja sudah di hujung hujung. Kata beliau,

“Sebelum mengandung lagi apakah niat kamu untuk ada anak? Berniatlah. Kerana dengan adanya niat itu anak yg bakal kamu lahirkan itu akan dicukupkan mengikut niat kamu. Jika kamu terlupa untuk berniat sebelum mengandung dulu, berniatlah sekarang. Ia tidak pernah terlewat.”

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

‪#‎tipsantaididikanak‬

]]>
Belajar & bermain #12 /tips/belajar-bermain-12/ Mon, 09 Feb 2015 15:34:35 +0000 /?p=238 susunkad1 susunkad2 susunkad3 susunkad4 susunkad5 susunkad6 susunkad7 susunkad8 susunkad9

 

Mari “bermain” susun kad.

Untuk mengetahui samada anak / pelajar telah benar-benar menguasai dan mengenal kesemua huruf hijaiyyah :

1. Susun kad dari belakang. Mulai dengan huruf Ya hingga Alif.

2. Susun mengikut “huruf kembar” (mempunyai bentuk yang sama) dan terangkan perbezaan titiknya.

3. Minta anak / pelajar menyebut huruf secara rawak.

Hasil dapatan :

1. Anak berumur 6 tahun dapat menguasai sepenuhnya dan mengenal huruf hijaiyyah (bermula dari zero) selama seminggu secara konsisten menggunapakai Kad Imbas Khadijah.

2. Anak anak berumur 7, 9 & 10 tahun yang sudah membaca al Quran dapat mengingati semua huruf dan membezakan antara huruf hijaiyyah dan huruf jawi dalam masa 2 hari secara konsisten menggunapakai Kad Imbas Khadijah.

Masha Allah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah!  smile emoticon

]]>
Pentingnya Mad Asli 3 /tips/pentingnya-mad-asli-2/ Sat, 07 Feb 2015 16:49:42 +0000 /?p=219

https://www.facebook.com/video.php?v=10152757167667745&set=o.822706877750256&type=2&theater

Selepas cerita 3 adik beradik raksasa / dinosour itu tercipta, ia sungguh membuahkan hasil! Sungguh, dengan anak lelaki ini memerlukan cerita di luar kotak untuk melekat di hati dan mindanya.

Perkongsian tersebut sudah saya nukilkan sebelum ini di sini.

Setiap perkara baru yg dipelajarinya biasanya saya akan memberinya masa dalam sebulan. Tapi, alhamdulillah.. Fathi dan Fatihah mengambil masa dalam dua minggu saja untuk dapat membaca mad asli dengan sempurna sekali.

5 tips pantas :

1. Perkenalkan huruf tunggal berdasarkan ciri dan rupabentuk yg unik.

2. Ajari fungsi baris asas dengan gabungan huruf tunggal secara bersama bukan hanya satu baris saja.

3. Huruf bersambung dapat dikenali berdasarkan rupabentuk unik dan ciri yg telah diperkenalkan sejak awal lagi. Manakala, fungsi baris lebih mudah dikenalpasti berdasarkan emoticons. (Aplikasi kad imbas khadijah)

4. Perkenalkan mad asli dan fungsinya melalui cerita unik (3 beradik raksasa/dinosour).

5. Jangan sesekali mengatakan salah atau mencubit/merotan anak jika ada bacaan yg tidak betul. Hanya perlu pandu cara bacaan yg betul sahaja dan tidak perlu membuang masa dengan memperbesarkan bacaannya yg salah.

[Elakkan]

“Hep, salah ni!”
“Apa ni? Baca balik!”
“Salah tu! Balik semula!”

[Dorong hanya yg betu]

“Jim di bawah?”
“Cuba sekali lagi, ba depan?”
“Kalau kita fokus mesti kita boleh baca dengan betul. Cuba lagi? Kaf di atas?”

Setiap kali bacaan yg betul, raikan usahanya! Tanpa ganjaran material.. smile emoticon

]]>
Mendorong anak kecil menghafaz 2 /tips/mendorong-anak-kecil-menghafaz-2/ Sat, 07 Feb 2015 16:28:20 +0000 /?p=204 Selain dari juzuk amma, adalah dicadangkan terlebih dahulu untuk memperkenalkan seterusnya menghafaz permulaan & pembukaan al Quran sekurang kurangnya 5 ayat awal dari surah al Baqarah.

Ayat ini juga terkandung sebagai permulaan al mathurat di mana ia harus diamalkan oleh semua individu pada awal pagi dan malam sebagai langkah penjagaan dan perlindungan diri, keluarga dan anak anak.

1. Memandu bacaan hafazan patah per patah perkataan bahasa yang lengkap. Bukan sekerat sekerat.

2. Satu ayat hanya diulang berkali kali dalam satu minggu. Kebiasaannya dalam 3 hari anak kecil dapat mengingat lengkap satu ayat. Jangan berikan tekanan. Jika dia mahu lagi (atas kerelaannya) dalam seminggu anak kecil berupaya mengingat 3 ayat yang panjang.

3. Berikan sedikit kefahaman. Bacakan makna tafsiran ayat yang dihafaznya. Terangkan mengikut laras pemikiran dan bahasa mudah difahaminya.

*Sangat dicadangkan 5 surah awal al baqarah kerana ia mempunyai asas prinsip yang kukuh untuk diserapkan kepada anak anak sejak kecil. Ia mengenai bagaimana ingin menjadi seorang muslim yang baik.*

4. Ulang dan ulanglah setiap masa bersama anak anak walau di mana kita berada. Kerana itu pentingnya kita sebagai ibubapanya yang menghafaz terlebih dulu sebelum kita mahu anak anak kita suka menghafaz al Quran.

5. Berikan ruang dan masa.
Natijahnya, anak anak kecil akan kerap mengulangi bacaan hafazannya walau semasa mereka bermain mainan imaginasinya. Perkara yang menyeronokkan dilakukannya datang bersama ayat ayat al Quran yang menjadi zikir di mulutnya. Rumah umpama syurga.

Biar sedikit tetapi konsisten.

https://www.facebook.com/video.php?v=10152769536992745&set=o.822706877750256&type=2&theater

]]>
Tips al-Hafiz Cilik /tips/tips-al-hafiz-cilik/ Sat, 07 Feb 2015 15:28:15 +0000 /?p=169 contohhafiz

Harian metro semalam (15 Jan 2015).
Satu contoh yg boleh diikuti.

+ Seorang nenek mula mengajar cucunya mengaji sekitar umur 3 tahun.

+ Tiada teknik tertentu.

+ Mengajar mengaji seiring hafazan.

+ Sedikit sedikit tetapi istiqamah.

+ Sekitar umur 7-8 tahun khatam al-Quran.

+ Umur 9 tahun sentiasa masuk pertandingan hafazan dan memenangi hadiah. Duit menang hadiah dapat bawa nenek dan datuknya menunaikan umrah dengan segala perbelanjaan ditanggung sendiri.

Masha Allah… Kagum!
Allah sebaik baik Pemberi Rezki.


Nota :

Umur anak kecil lingkungan 3-4 tahun adalah umur matang mereka membina memori yg lebih kekal.

Asalkan sedikit sedikit tapi dibuat secara konsisten (istiqamah) berikan apa saja ilmu al Quran. Pasti si kecil bakal menjadi insan hebat di masa mendatang, Insha Allah! ;D

]]>
Tips pilihan lain /tips/tips-pilihan-lain/ Tue, 03 Feb 2015 01:03:57 +0000 /?p=138 “Kerna mengaji hijaiyyah itu menyenangkan!”

Ini adalah salah satu contoh mengajar huruf hijaiyyah kepada anak-anak menggunapakai cerita berimaginasi. Terhibur saya mendengar cerita ini Kak Erlan ini. smile emoticon

http://youtu.be/rZwAiVsFVtc

Walaupun pada hemat saya di peringkat awal, anak-anak kecil harus diperkenalkan dahulu dengan huruf tunggal bukan berbaris, namun mengambilkira usahanya mengajar melalui cerita dan imaginasi sangat kreatif dan menyeronokkan!

Sungguh, anak kecil dan imaginasi tidak boleh dipisahkan.

Atas sebab inilah saya juga berpendapat yang sama untuk meraikan imaginasi kanak-kanak (sebagai fitrah) dengan cerita di sebalik gambar supaya anak-anak kecil boleh mempelajari huruf tunggal dengan mudah dan bukan melalui hafalan.

Ajar sedikit demi sedikit. Belajar mengaji memang menyeronokkan!

wink emoticon

]]>
Langkah pertama memperkenalkan huruf al-Quran /tips/langkah-pertama-memperkenalkan-huruf-al-quran/ Tue, 03 Feb 2015 00:59:17 +0000 /?p=133 alifbata

Bagaimana ibu ayah memulakan langkah pertama memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak kecil?

Ini adalah catatan saya pertama kali memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya seawal usia 2-3 tahun semasa itu.

1. Beli flash-card Iqra’. Inilah flashcard pertama yang saya gunakan. Ketika ini,Kad Imbas Khadijah belum lagi diterbitkan. Hanya selepas itu saya mendapati bahawa saya perlu memperkenalkan Huruf Tunggal terlebih dahulu sebelum anak-anak boleh faham fungsi baris-baris asas, barulah saya terdetik menerbitkan sendiri Flashcard yang memperkenalkan Huruf Tunggal.

2. Umur sekitar 2-3 tahun memang suka menconteng. Alang-alang suka menconteng, saya ajak mereka “menconteng” dengan meniru bentuk Huruf Tunggal dan kemudia diikuti dengan 3 baris asas sahaja. Kerana ritmanya mereka sudah tahu, sekarang fungsi setiap baris harus diajar supaya mereka faham bagaimana ritma yang dihafalnya itu boleh terhasil.

3. Pembelajaran dibuat dalam waktu mereka bermain. Atau sesudah mereka menonton 1 kartun kegemarannya. Ia harus diseimbangkan dengan apa yang mereka tonton. Saya cuba untuk tidak melebihkan salah satu aktiviti daripadanya kerana kanak-kanak bawah 6 tahun fitrahnya memang suka bermain selain menonton kartun (cabaran kartun/ipad/tab masakini). Namun, ia harus dikawal. Seimbangkannya.

4. Waktu tidur, dijadikan waktu yang santai. Sebelum tidur, bergolek-golek, bercerita tentang syurga, Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan mengapa perlu kita mengaji. Keesokan paginya, mereka bangun dengan matlamat yang lebih terarah dan masih teringat detik bergolek-golek semalam mengapa mereka perlu belajar mengaji. Apabila mereka faham tujuan, punya matlamat yang jelas, maka mereka lebih mudah dipujuk seterunya tidak menjadikan kita menyuruh-nyuruh mereka mengaji malah, mereka yang menyuruh kita pula mengajarkan mereka mengaji dengan sendiri.

Catatan penuh di sini http://khadijahgani.blogspot.com/…/mendorong-anak-cilik-men…

Kongsikan pengalaman pertama ibu ayah sekalian?

]]>
Tips suka mengaji /tips/tips-suka-mengaji/ Tue, 03 Feb 2015 00:53:22 +0000 /?p=128 Mengajar anak sendiri dengan mengajar anak orang lain sangat berbeza.
Isu :

1. Susah untuk fokus kerana ramai. Bising.

2. Mengalami pelat yg kronik hingga mengambil masa yg lama untuk menyebut sesuatu.

3. Langgar panjang pendek bacaan (bagi umur 7 tahun ke atas).

4. Semua huruf yg dibacanya berbaris atas.

5. Bila sudah ramai, ada saja “tukang kacau” kerana mahu mengaji cepat.

Penyelesaian :

1. Cerita mengenai raksasa panjang / kontot, raksasa mulut besar dan raksasa kaki dua sangat membantu untuk dia fokus melihat, berhati hati dan menunjuk kepada apa yg dibacanya.
Apabila apa yg dibaca menjadi suatu yg menarik (ada imaginasi raksasa), anak kecil jadi lebih berminat.

Selesai isu 1 &3 sekaligus.

2. Berikan masa. Terima kekurangan dirinya seadanya. Jangan disergah/dimarah atau dipaksa. Bantunya dengan gerakan tubuh/wajah untuk memudahkan sebutannya.

4. Poster belajar hijaiyyah yg ada emoticons mewakili setiap baris asas sangat membantu. Hanya perlu ingatkan baris (bukan baris atas) dan tunjuk emoticons terbabit.

5. Tak perlu marah marah kepada tukang kacau. Untuk melarang, gunakan perkataan SELAIN “jangan”.

Untuk anak besar, mereka sudah boleh berfikir sendiri lebih mudah.

Untuk anak kecil, hanya mengajaknya membuat perkara lain supaya dia akan berhenti mengacau dengan sendirinya.

Mengajar mengaji di zaman ini memerlukan modus operandi yg sama menarik sepertimana anak anak zaman ini lebih tertarik kepada Game dan skrin.

]]>
Tips menghafaz bagi anak kecil /tips/tips-menghafaz-bagi-anak-kecil/ Tue, 03 Feb 2015 00:49:32 +0000 /?p=126 Mereka boleh belajar sambil bermain. Dan bermain sambil belajar. Namun, pemikiran mereka harus dibentuk dengan baik supaya menjadi lebih terarah dan fokus.

Selain memperkenalkan huruf hijaiyyah sebagai asas pembacaan Al Quran, anak kecil boleh didedahkan dengan hafazan dalam waktu yg sama.

Anak kecil sangat polos. Mudah menyerap dan mengingat pada tahap yg pantas melalui ulangan. Sangat pantas.

Sayang jika disiakan waktu begini dengan ulangan lirik lagu atau filem.

Walaupun ianya bukan jatuh wajib ke atas anak kecil untuk memahami Al Quran serta membacanya namun, saya lebih gemar untuk memberi kefahaman kepada anak anak mengenai apa yg dihafaznya.

Dengan niat agar hafazan itu bukan hanya menjadi sebutan di bibir malah ia sesuatu yg berat dapat masuk dan menyerap ke lubuk hati dan terbenam padat dalam memori maklumat yg paling awal pada diri sahsiah mereka sebagai asas untuk diingati di sepanjang kehidupan ini. Insha Allah.

Bagaimana kita boleh memberi kefahaman kepada anak kecil mengenai ayat Al-Quran yg dihafaznya?

1. Bacakan terjemahan ayat secara harfiah. Hanya sekadar surface.

2. Apabila menyentuh perkara yg Ghaib (sesuatu yg berada di alam akhirat/ yg tidak boleh nampak), sebut hanya 1 perkara sahaja yg selalu kita sebutkan dan yg boleh menjadi fokus hidupnya yg masih kecil.

3. Tidak perlu disebut atau memperkatakan banyak perkara. Seiring waktu berjalan, mereka akan mempelajari perkara lain dari masa ke masa.

4. Bercakap dan buka perbincangan mengikut tahap pemahaman dan bahasa yg mudah mereka fahami BUKAN berbicara mengikut apa yg kita faham.

5. Jangan sesekali membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tidak perlu menjadikan anak kita jadi sama seperti orang lain.

Cukup sekadar 1 ayat yg dihafaz dalam seminggu. Ulang dan ulang sentiasa. Hingga si anak mampu mengucapkannya ketika leka bermain.

Tidak perlu memaksanya menghafaz secepat dan sebanyak banyaknya seolah olah tiada hari esok.

Biar sedikit namun berterusan.

Proses belajar dan menghafaz itu adalah setiap masa sepanjang hayat. Bukan untuk peperiksaan atau berdasarkan pengharapan ibubapa.

Bersama Taufiq Allah dan kejayaan. Insha Allah.

]]>
Mendorong anak remaja suka membaca al-Quran /tips/mendorong-anak-remaja-suka-membaca-al-quran/ Tue, 03 Feb 2015 00:46:28 +0000 /?p=123 amin

Untuk anak yg sudah dewasa begini, lebih-lebih lagi anak lelaki, amat penting baginya adalah tidak dimalukan mahupun jangan diaibkan di hadapan ‘rakan sekelasnya’ yg lain. Ya, anak lelaki tingkatan 4 ini masih tergagap-gagap mengaji awal surah al-Baqarah. Manakala, yg tingkatan 2 ini sudah lama tak mengaji hingga meminta mengaji Iqra’ semula.

Yg lelaki, sanggup menunggu akhir sekali untuk mengaji. Semasa mengaji, saya tidak bertanya apa-apa langsung sejarah ‘pengajiannya’ terdahulu.

Saya tidak mengkritik/membebel/mengandaikan yg bukan-bukan [Asas teknik].

Ya…. Kesilapan orang kita [termasuk saya dahulu] suka mengkritik dan sekarang inipun lebih ramai mahu jadi pengkritik. Sedar ataupun tidak, pendoktrinan untuk menjadi pengkritik berlaku secara berleluasa dalam kehidupan harian kita.

Pengkritik makanan, pengkritik nyanyian, pengkritik lakonan, pengkritik lawak jenaka, pengkritik fesyen, pengkritik dunia hiburan, pengkritik bola hinggalah kita menjadi pengkritik bacaan al-Quran.

Walhal, Rasulullah sallaallhu ‘alaihi wasallam tidak pernah langsung mengkritik makanan apalagi mengkritik pembuat dosa.

Siapalah kita untuk mengkritik orang yg membaca ayat-ayat Allah. Walaupun salah, ada caranya membetuli apa yg tersalah.

Terangkan sahaja apa yg betul atau berikan sahaja jalan penyelesaian tanpa menyebut apa yg sudah tersilap.

]]>